Saturday 22 November 2014

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon 6 Nabawan Kali Ke-2 Tahun 2014 Bahagian 2

Assalamualaikum dalam salam sejahtera.

Apa khabar semua? Admin dah lama tidak membuka komputer untuk menarikan jari jemari admin di dalam blog kesayangan semua ini. Bukan semua tidak tahu, hujung tahun biasanya kami guru-guru sangat sibuk dengan persediaan untuk tahun hadapan.

Baiklah, kita bersambung dengan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon 6 Nabawan Kali Ke-2 Tahun 2014 ini. Mesti semua mahu tengok gambar-gambar kejohanan kan? Marilah saksikan gambar-gambarnya. haha.
Adik Chrelyrigel sedang membacakan ikrar kejohanan

En. Sauli (Guru Besar SK Penontomon) sedang menyampaikan hadiah

Antara kontinjen-kontinjen yang bertanding...

Ahli-ahli yang berhormat (dari kiri : Datuk Ellron, En. Andreas, En. Sauli.. En. Richard masa ni sedang berucap. hehe)

YAB Datuk Ellron sedang memeriksa kontinjen-kontinjen sambil diiringi En. Richard yang hensem lagi bergaya. He

YAB Datuk Ellron berjabat salam dengan En. Jahedi (PK Kokum SK Pengaraan) sambil diperhatikan oleh cikgu Rausi, cikgu Hanif, cikgu Alex dan En. Richard.

En. Bettos Florencesius Sufi (PK Kokum SK Layon) sedang memberikan ucapan alu-aluan untuk Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon 6.


Cikgu Achilles (PK 1 SK Layon) yang kacak bergaya sedang memberikan hadiah kepada para wakil untuk Pertandingan Tarik Tali Kategori Guru.

Para kontinjen SK Layon yang merah menyala sehebat namanya 'Lion' ditemani oleh cikgu Pakzan yang hensem lagi comel-comel... awwww. haha

Para peserta yang mewakili SK Layon bersama Cikgu William Unsik yang kacak dengan misainya.... Hihi



SK Layon - Johan Keseluruhan. Tahniah!!!!!
SK Pengaraan - Naib Johan . Tahniah !!!
SK Penontomon- Ketiga. Tahniah!!!!

Admin juga nak ucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Ellron Bin Angin kerana sudi menghadirkan diri merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon 6 Kali Ke-2 Tahun 2014 yang gilang-gemilang ini walaupun dalam keadaan yang sederhana. Kepada semua kontinjen dan wakil-wakil sekolah, beribu-ribu penghargaan juga kerana sanggup hadir dan menjayakan kejohanan pada kali ini. Tahun hadapan kita jumpa di SK Penontomon. Yehhh!!!

0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka