Monday 13 October 2014

Keyword SK Layon Nabawan kini berada di Page 2 Google SE

SEO Keyword Sekolah Kebangsaan Layon Sabah
Nampaknya blog rasmi SK Layon Nabawan kini berada di page 2 Google Search Engine, tak lama lagi akan berada di page 1, rank 1 hendaknya.
Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi satu teknik mudah dalam menaikkan rank keyword blog kita agar berada di page 1 dalam masa yang singkat. Manalah tahu masih ada antara kita yang tak tahu teknik ini,khasnya warga penulis SK Layon.


Tinggalkan Komen di Blog Terkemuka
Salah satu teknik yang paling mudah adalah dengan meninggalkan komen di blog-blog yang kita lawati setiap hari, tidak kira blog Berbahasa Inggeris dan Malaysia. Caranya adalah dengan pergi ke ruangan atau bahagian komen, masukkan url website pada ruangan yang disediakan dan seterusnya buat komen berkaitan dengan artikel blog yang kita baca tadi. Tinggalkan sekurang-kurangnya 10 patah perkataan agar ianya tidak dianggap spam oleh empunya blog. Dengan cara ini, 'google spider' akan 'crawl' blog kita melalui empunya blog tersebut. Dan kemungkinan juga ada terdapat segelintir pembaca komen yang teringin nak jenguk blog kita.

Buat Post Berkaitan Dengan Niche Blog
Rasanya ada dikalangan pembaca yang kurang faham akan pernyataan diatas. Saya bagi contoh. Niche blog sk layon nabawan adalah tentang sekolah, dan keyword yang digunakan mestilah yang berkaitan dengan blog niche. Sebagai contoh blog sk layon menggunakan keyword "sk, sekolah kebangsaan, layon, nabawan, sabah", jadi banyakkan postingan yang menggunakan keyword diatas. Tatacara penggunaan keyword berterabur pun tak mengapa...hehe.

Letakkan Link Blog Di Laman Sosial.
Buat link sharing setiap post yang dirasakan menarik pada laman sosial seperti Faecbook Google Plus, Twitter dan sebagainya bagi menarik minat pembaca. Untuk makluman kita semua, google 'spider' amat menyukai blog yang banyak pengunjung. Walaupun blog SK Layon ni masih terlalu baru (usia 2 minggu) saya percaya, suatu masa nanti, jika banyak post atau artikel menarik yang dikongsi setiap hari, maka sudah tentu bilangan pengunjung juga semakin banyak.

Kesimpulan
Membina blog memang mudah, masalahnya 'menghidupkan' blog tu yang sukar. Sebabnya? kebanyakan newbie blogger ni hanya bersemangat pada awalnya sahaja. Diharapkan, agar blog ini sentiasa berkembang dari semasa ke semasa dengan kerjasama semua ahli SK Layon Nabawan.



0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka