SK LAYON

Tunas & Harapan

Pewaris Masa Depan

Anak kecil ini bakal mewarisi masa depan kita. Menjadi tanggunjawab bersama untuk membekalkan mereka secukup ilmu

Lihat
SK LAYON

40 Murid

Masa Depan Yang Terjamin

Bagi mereka ilmu. Agar masa depan mereka terjamin.

Lihat
SK LAYON

Perjuangan Kami

Untuk Masa Depan Bersama

Jauh di pendalaman. Bukan penghalang untuk kami

Lihat

Pengumuman Penting

Peta & Lokasi

Ruangan Chat

Post Terbaru SK Layon

Friday, 2 June 2017

SAMBUTAN HARI GURU 2017 SK LAYON: KEMERIAHAN DALAM KESEDERHANAAN



Kita bersua lagi dalam pos kali ini berkenaan Sambutan Hari Guru SK Layon 2017 peringkat sekolah. Pada kali ini, sambutan hari guru diadakan secara sederhana kerana murid-murid terlibat dengan peperiksaan pertengahan tahun. Apa yang menariknya, sambutan tahun ini sedikit berbeza kerana kami mula mengadakan undian untuk kategori anugerah untuk guru yang dipertandingkan. Yang membuatkan sambutan ini tambah bermakna apabila dua orang guru kami yang menggembleng tenaga untuk mencipta lagu hari guru untuk sambutan kali ini.

Murid sedang bersedia untuk sambutan
Pengacara majlis yang berbakat besar
Bacaan doa oleh us Izzat
Persembahan sajak oleh adik Jeromayalyn
Persembahan pidao oleh adik Noelapron
Guru Besar - Anugerah Guru Paling Garang 
Cikgu Ismail - Anugerah Guru Paling Baik
Cikgu Naim - Anugerah Guru Paling Rajin
Us. Izzat - Anugerah Guru Paling Penyayang
Cikgu Achilles - Anugerah Guru Paling Aktif
Cikgu Fakhzan - Anugerah Guru Paling Hensem
Cikgu Haziel & Cikgu Marinus - Anugerah Guru Paling Comel
(Berkongsi kerana mendapat undian yang sama banyak)
Cikgu Wilson - Anugerah Guru Paling Pemurah
Cikgu Hasnol - Anugerah Guru Paling Bergaya

Guru-guru bergambar (Dua orang tidak ada)
Kami pakai baju biasa sahaja.

Persembahan daripada semua kelas ada. Yang biasa-biasa ja. Itu pun detik-detik terakhir baru ada latihan. Yang sempat rakam adalah persembahan koir dari murid tahun 5 dan 6 (lagu yang dicipta oleh cikgu Naim dan cikgu Achilles). Tiba-tiba semasa persembahan, speaker habis bateri, jdi terpaksa bergantung kepada speaker laptop saja. Apa lagi, habis lari tempo. Haha. Biasa la, sek x cukup elektrik. Hihi. Yang penting semua gembira. Selepas habis majlis, kami buat tayangan filem ADIWIRAKU. Habis murid-murid tak faham loghat yang digunakan. Semua senyap saja hayati filem itu. Tapi dugaan lagi, jenset mati, jdi x dapat tengok habis. Haha. Tapi kami dah janji dengan murid-murid lepas cuti sambung lagi.




Nak bawak semua tengok di pawagam, memang susah la. Di dalam hutan belantara kan. Haha. jadi bawa filem masuk hutan ja.

Pawagam mini. Boleh la kan.
Cikgu Richard, guru besar pun layan. Siap bgtau murid suruh diam-diam ambil pengajaran lagi. Terbaik la GB Richard.



Saturday, 9 January 2016

PROSPEKTUS SEKOLAH 2016

Salam Tahun Baru 2016.

Salam Nabawan Sumingkot,
Salam Melestari Pendidikan Mengharmoni Kehidupan.

Prospektus Sekolah sesi 2016 telah keluar. Silalah komen. :)

muat turun di sini atau sini

Friday, 11 September 2015

PERWIRA SK LAYON 2: MISI KE PEMENTERIAN

Salam 1 Malaysia
Salam Nabawan Number One
Salam Melestari Pendidikan, Mengharmoni Kehidupan.


Entri kali ini akan mencoretkan tentang Misi ke-2 guru-guru SK Layon mengawas untuk Peperiksaan UPSR pada tahun 2015. Pada kali ini skuad SK Layon diketuai oleh cikgu Bettos, diikuti oleh cikgu Shamsul dan cikgu Achilles. Skuad SK Layon telah dipilih untuk mengawas di salah sebuah sekolah di pedalaman Nabawan iaitu SK Pementerian.

Cikgu Achilles, Cikgu Shamsul, Cikgu Bettos
Admin ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada skuad SK Layon kali ini kerana berjaya mengharungi onak duri berteraskan cabaran dan halangan untuk menjadi pengawas di SK Pementerian. Walaupun permohonan mereka untuk ke sekolah lain tidak diluluskan oleh PPD, namun mereka tetap menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

Walaupun perjalanan mereka tidaklah sehebat saliliran, namun melalui jalan kelapa sawit dan titian sungai tetap membuatkan perjalanan mereka menjadi sangat bermakna dengan kesungguhan demi kesungguhan untuk menghadapi cabaran dengan cekal.

Perjalanan melalui jalan kelapa sawit
perjalanan merentasi sungai melalui titian
kereta terbalik di jalanan. Bukan kereta skuad SK Layon
Mereka disambut oleh cikgu Eddey (PK Ko-Kurikulum SK Pementerian) dengan hamparan alu-aluan yang mesra. Layanan beliau yang baik membuatkan beliau kelihatan lebih muda berbanding dengan umur sebenarnya. Pada hari peperiksaan, mereka juga disambut mesra oleh Guru Besar SK Pementerian Cikgu Jiwon, PK HEM SK Pementerian, cikgu Jimmy, dan cikgu Reynold.

Skuad SK layon bersama dengan cikgu Eddey pada hari sebelum peperiksaan UPSR.
Dari kiri:
cikgu Shamsul, cikgu Bettos, cikgu Achilles, cikgu Eddey
Bersama Cikgu Jiwon, Guru Besar SK Pementerian dan cikgu Eddey
Lebih menggamit memori, salah seorang skuad SK Layon iaitu cikgu Bettos diibaratkan seperti Sirih Pulang Ke Gagang apabila telah kembali ke Sk Pementerian setelah kesekian lamanya. Beliau pernah belajar di sekolah ini dari darjah 1. Beliau juga masih terkenang akan masa beliau dahulu semasa bersekolah di SK Pementerian. Masih tidak ada bezanya. Terpancar kejernihan air mata jernih daripada kelopak matanya yang membuatkan guru-guru yang lain juga merasakan nostalgia yang sama.

SK Pementerian, Nabawan
Shooting..... perkara pertama yang dilakukan oleh Skuad SK Layon
Mentadak dan Pokok Bungan (seperti buah Rambutan)... Hanya di SK Pementerian
Skuad SK layon baru sahaja sampai
Bilik Pra Sekolah - tempat UPSR dijalankan
Surau SK Pementerian. Sangat kemas, bersih dan teratur. Salah seorang guru dari skuad SK Layon sempat solat di sini.
Ford Ranger...gagah berdiri
Pokok Kelapa, tunjang pencakar langit di SK Pementerian
In Sha Allah, tahun depan, sekiranya UPSR masih diteruskan, Skuad SK Layon akan terus menabur bakti di sekolah yang lain. MISI SK LAYON akan tetap diteruskan.

Saturday, 5 September 2015

KAKITANGAN SK LAYON 2015

Salam 1 Malaysia
Salam Nabawan Number One
Salam Melestari Pendidikan Mengharmoni Kehidupan

Pada entri kali ini, blog SK Layon akan memperkenalkan senarai kakitangan SK Layon bagi sesi 2015. Inilah kumbang-kumbang SK Layon. Untuk pengetahuan, semua kumbang-kumbang ini sudah mempunyai bunga masing-masing..

En. Richard Bin Salim
(Guru Besar SK Layon)

En. Achilles Leo Joseph
(Penolong Kanan 1)

En. Ismail Bin Kailoh
(Penolong Kanan HEM)

En. Bettos Florencesius Sufi
(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

En. Wilson Sisun

En. Mohd Haiqal Bin Abdullah Chik

En. Muhammad Fakhzan Bin Mohd Yusoff 

En. Muhammad Shamsul Naim Bin Mohd Sukri

En. Mohd Izzat Bin Ramli

Pn. Salinawati Binti Salleh
(AKS)


Ehem,..ada lagi



Eh, ini blog sekolah atau blog guru-guru ni? opsss...










Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka