Saturday 8 November 2014

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon 6 Nabawan kali Ke-2 Tahun 2014 Bahagian 1


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Kali ini admin ingin berkongsikan kepada pembaca semua tentang salah satu acara tahunan yang berlaku dalam kalendar sekolah kami iaitu Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon 6 Nabawan. Apa yang menariknya ialah pada tahun ini, SK Layon telah dipilih untuk menjadi tuan rumah!! Wah, hebatnya SK Layon. Haha.


Penganjuran pada kali ini merupakan penganjuran buat kali kedua dan antara yang paling dinanti-nantikan. Cewahh.. Haha. Admin saja ja tambah bagi kasi up sikit SK Layon. Tapi, hey, SK Layon terbaik ok! Seperti yang admin poskan sebelum ini, kejohanan kali ini sedikit berbeza kerana atmosferanya begitu mengujakan dengan kehadiran lagu tema yang sememangnya menjadi satu trademark kepada kejohanan ini sendiri. Lagi pula, admin rasa tidak semua MSS Zon Nabawan ini mempunyai lagu tema sukan tersendiri. Hihi. Apa-apa pun, sekali lagi admin nak ucapkan tahniah kepada cikgu Achilles dan cikgu Shamsul. Terbaik bha!

Oleh sebab penganjuran kali ini melibatkan tiga buah sekolah iaitu SK Layon, SK Pengaraan dan SK Penontomon, jadi persiapannya agak besar dan sangat teliti. Kami meminta tolong dengan orang kampung untuk membantu kami menyediakan astaka, urusan padang dan sebagainya. Memang bagus la orang kampung Layon, sangat prihatin dan memberi kerjasama padu. Ni yang admin suka ni. Hehe.

Cuba tengok gambar di sebelah, siap tolong cari buluh, potong buluh lagi tew.. haha.

Tapi yang paling penting ialah jejaka-jejaka SK layon yang berhempas pulas membanting tulang memastikan semua yang diperlukan, tersedia. Walaupun SK Layon hanya kumbang-kumbang belaka, namun, kamilah yang jadi ibu, bapa, datuk dan segala mak nenek la di sekolah ini. Ok Juga bha itu. Hehe.

Ha, kalau pandai cari la admin yang mana satu dalam gambar ini. Hehe

Oklah, kita jumpa di bahagian kedua nanti. Babai.

0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka