Wednesday 22 October 2014

Lagu Sukan Zon 6 : Terus Berusaha Untuk Berjaya


Logo Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon 6 Nabawan
Alhamdulillah, syukur kepada tuhan yang Maha Esa kerana kami telah berjaya menyempurnakan lagu tema untuk Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon 6 Nabawan pada tahun 2013 ini. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi bersama cikgu Achilles dan cikgu Shamsul yang mengambil inisiatif terpuji untuk mewujudkan lagu tema zon kami pada tahun ini. Sesungguhnya usaha mereka sangat membanggakan kami SK Layon dan juga sekolah-sekolah zon 6 yang lain. Admin pun tumpang tempias gembira juga. Hihi.

Untuk pengetahuan semua, Zon 6 Nabawan adalah zon yang baharu sahaja diwujudkan pada tahun lepas memandangkan kami mempunyai kesulitan untuk bergerak ke zon kami masing-masing (SK Layon pada mulanya ialah di dalam Zon 2). Jadi, dalam erti kata yang lain, zon kami masih baru dan kami bolehlah dikira sebagai adik kepada zon-zon yang lain. Apa-apapun, mari kita dengar lagu Zon 6. Yeh!

Muat Turun:
Lagu Tema Kejohanan Zon 6 Minus One
Lagu Tema Kejohanan Zon 6 Vocal

Video Karaoke:

Mari kita nyanyi sama-sama.

Lagu Sukan Zon 6 Tahun 2014
Terus Berusaha Untuk Berjaya

Dunia kini kian mencabar diri
Harapan yang pasti perlu diburu
Sinar cahaya kan tetap menerangi
Langit tak selalu mendung kelabu.    

Terbanglah tinggi sampai ke udara
Luaskanlah dunia pandanganmu
Nafas kejayaan pasti akan terasa
Saat kita semua telah bersatu

Bebaskanlah jiwamu
Tingkatkan kecekalanmu
Dengan semangat kesukanan
Kami tempuhi halangan

Marilah kita buktikan
Pada seluruh dunia
Dengan kesungguhan dan keyakinan
Kami kan terus berusaha untuk berjaya

Ulang rangkap 2
Ulang rangkap 3 dan 4

Lirik : Cikgu Shamsul
Lagu : Cikgu Achilles / Cikgu Shamsul



1 comments:

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka