Friday 10 October 2014

PERWIRA SK LAYON: Misi Ke SK Saliliran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Kita berjumpa lagi untuk entri kali ini yang lebih santai dan tenang. Haha.

Admin ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada perwira SK Layon yang kami sayangi yang telah berjaya mengharungi liku-liku, ranjau dan onak berduri, menyelusuri denai-denai dan sungai yang penuh mencabar ke SK Saliliran sebagai pengawas UPSR. Untuk pengetahuan sidang pembaca, SK Saliliran merupakan sekolah paling pedalaman di Sabah dengan tahap kesukaran yang paling mencabar. Bayangkan perjalanannya memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi kerana mereka hanya menaiki kenderaan hanya suku jalan, kemudian menaiki bot menungkah arus sungai dan seterusnya berjalan kaki hampir 3 jam hanya semata-mata untuk sampai dan menggalas tanggungjawab sebagai pengawas peperiksaan di SK Saliliran.

Mereka yang dimaksudkan ialah Cikgu Ismail, Cikgu Haiqal dan Cikgu Fakhzan. Hensem-hensem dan mantop-mantop belaka ni.

Kalau admin, mesti admin tidak dapat menggalas tanggungjawab tersebut. Ternyata, kesungguhan mereka memang tidak ada tolak bandingnya. Itulah semangat Perwira SK Layon, sehebat namanya 'LION', singa yang hebat dan dan bertenaga. Haha, ke situ pulak admin ni. Cerita panjang-panjang, tak nak tengok ka muka mereka? Ni nak tunjuk la ni. Jangan jatuh mee cintan sudah. haha.

Tapi, admin nak bagi tau. Dalam 3 orang ni, 1dah kahwin. 2 belum kahwin lagi. Kalau berminat yang lagi 2 tu, pm admin. Nanti admin kasi sikit info-info. Mana la tau, nak mengorat ka. Haha. Tapi admin tak boleh bagi tau la mana satu yang masih belum berkahwin. Cari sendiri. haha.
Oklah. Jumpa lagi di entri yang akan datang.

admin


0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka