Saturday 8 August 2015

SK LAYON MINI FASHION SHOW

Salam Sejahtera
Salam Nabawan Number One 
dan 
Salam Melestari Pendidikan, Mengharmoni Kehidupan
daripada SK Layon.

Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Cikgu Haiqal semakin rancak mengorak langkah dalam usaha untuk merelevankan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di SK Layon. Baru-baru ini, Panitia Bahasa Inggeris SK Layon telah mengadakan Pertunjukan Fesyen Mini (Mini Fashion Show) yang bertempat di Balai Budaya Kg. Layon.

Penganjuran kali pertama ini mendapat sokongan beberapa badan bukan berkanun dan perseorangan yang tampil memberikan sumbangan dalam menjayakan pertunjukan ini. Kebanyakan baju-baju disumbangkan terus kepada Panitia Bahasa Inggeris menerusi guru yang berbakat besar iaitu cikgu Haiqal. Nama cikgu Haiqal telah tersenarai di dalam SK Layon Book of Record sebagai guru pertama yang menganjurkan Pertunjukan Fesyen Mini dan secara tidak langsung bertindak sebagai pengarah projek bagi pertunjukan fesyen ini.

Pertunjukan Fesyen Mini ini memfokuskan kepada pakaian yang menunjukkan kepelbagaian bangsa yang terdapat di Malaysia. Yang paling menambahkan kehebatan guru SK Layon ini adalah kami difahamkan bahawa beliau sendiri yang melakukan solekan kepada murid-murid. Sungguh sangat luar biasa. Saksikan detik-detik pertunjukan fesyen ini. Sekian.

Ala pasangan fesyen kekasih

Ala-ala puteri dongeng
busana muslimah..

busana bekerja

pakaian india (samfoo)

pakaian gadis murut

pakaian gadis cina

pakaian gadis india (saree) oleh perawati yang berbakat besar

pakaian puteri dongengan ala-ala frozen

para peragawan dan peragawati bersama keluarga

peragawati bersama keluarga

sama macam di atas




cikgu haiqal selaku pengarah projek.. bole chodia..bole chandana..... oi oi

bersama barisan peserta pertunjukan fesyen mini

0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka