Sunday 12 July 2015

Lawatan Pemantauan PPD dan KPKw (Ketua Pentaksir Kawasan) ke SK Layon

Baru-baru ini SK layon amat bertuah kerana menerima kunjungan daripada Barisan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Nabawan dan juga barisan KPKw (Ketua Pentaksir Kawasan) bagi Ujian Lisan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta PEKA Sains dan PAFA.

Berikut merupakan Barisan Pemantau hadir:
En. J. Mansor (PPD Nabawan)
En. Akuang Suan (PPD Nabawan)
En. Nazrulshah (KPKw Ujian Lisan Bahasa Inggeris)
En. Jimmy Saintaim (KPKw PEKA Sains)
En. Usak (KPKw Bahasa Melayu)
Ust. Hafiz Esa (KPKw PAFA)

Pemantauan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pelaksanaan PLBS, PEKA dan PAFA dilaksanakan di SK Layon. SK Layon yang sentiasa komited dengan tugas sentiasa melakukan yang terbaik. Namun, seperti juga manusia biasa, ada beberapa perkara yang mungkin terlepas pandang dan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kami juga berkesempatan mengambil gambar bersama-sama dengan barisan pegawai dan ketua pentaksir sebagai kenang-kenangan. Cuba lihat muka pegawai dan ketua pentaksir, mana ada masam-masam. itu bermakna SK Layon memang TERBAIK. Haha.


0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka