Saturday 22 November 2014

Selamat Tinggal Cikgu William.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sesungguhnya minggu ini merupakan minggu kesedihan buat kami warga SK Layon. Mana tidaknya, kami akan berpisah dengan murid-murid terutamanya murid-murid tahun 6. Yang paling menuntun hari, kami akan menerima hakikat bahawa salah seorang daripada rakan kami iatu cikgu William akan bertukar kembali ke kampung halamannya di Ranau. Walaupun admin masih baru mengenali beliau, tetapi rasa macam sudah terlalu lama kami bersama-sama, susah dan senang, suka ataupun duka.

Buat cikgu William, kami ucapkan selamat maju jaya dan semoga gembira berada di tempat baru. Janganlah melupakan kami d SK Layon ini. Kami sentiasa menerima kunjungan cikgu bila-bila masa sahaja. Jasa cikgu tetap akan kami ingati sampai bila-bila.

Cikgu William bersama-sama dengan peserta Kontinjen SK Layon. Gembira dan sentiasa ceria.

Cikgu William bersama-sama rakan seperjuangan di Ladang Teh Sabah.

Cikgu William yang kami sayangi.......... kami akan merindui cikgu.. sedih bha..

Tapi, admin ada satu perkara yang ingin admin beritahu. SK Layon ini sebenarnya agak misterius. Apa yang misterius? Ini la admin mahu kasi tahu. Begini, mengikut ahli ramal SK layon, guru-guru yang berpindah akan digantikan dengan guru baharu yang mempunyai nama pangkal yang sama dan berperwatakan yang hampir sama. Admin dengar pun takut. Kalau tidak percaya, kita lihat analisis di bawah ini:

Cuba lihat gambar di atas, sama bukan? Hahaha. Tapi sebenarnya, admin rasa ini hanya kebetulan. Biasalah itu kan. Saja bha kan si ahli ramal SK Layon itu mahu takut-takutkan warga SK Layon yang sentiasa takut ni. Sudah la sekolah jauh di dalam hutan.... Tapi, kalau mahu tahu sama ada ramalan ini benar atau tidak, kita tunggu pengganti cikgu William nanti. Haha. barulah kebenaran akan terserlah. Hehe.

Sekian saja.
Tapi admin dan warga kerja SK Layon akan tetap merindui cikgu William. Sob, sob..

0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka