Sunday 5 October 2014

Selamat Datang Ke Blog SK Layon Nabawan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana blog SK Layon, Nabawan berjaya dihidupkan kembali mewarnai persada dunia tanpa sempadan dengan rancaknya persaingan dan perkongsian ilmu di laman sesawang dan juga dunia maya. Dengan senario inilah, kami warga SK layon akan terus berusaha untuk melakarkan coretan-coretan perjalanan dan juga nukilan peristiwa yang berlaku sepanjang wujudnya SK Layon ini. Blog SK Layon yang terdahulu tepaksa dihentikan kerana admin lupa kata laluan. He.

Adalah menjadi harapan kami agar blog SK Layon ini dapat memberikan informasi terdidik dan juga bahan-bahan pendidikan serta pembelajaran yang diperlukan oleh mereka yang mendambakan ilmu, tidak kiralah dari apa jua lapangan sekalipun. Warga pendidik dari seluruh dunia adalah dipersilakan untuk hadir dan meninggalkan secangkir komentar yang membina untuk kami terus berdiri dan bersemangat untuk mewarnai dunia teknologi ini.

Akhir kata daripada admin, marilah bersama-sama kami membina masa depan anak-anak pedalaman SK Layon khususnya dan juga seluruh sekolah amnya dengan lebih gemilang. Kami tinggalkan anda dengan tema kami:

MELESTARI PENDIDIKAN, MENGHARMONI KEHIDUPAN
Sustaining The Education, Harmonizing The Life

Sekian,

Admin Blog SK Layon


0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka