Aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah untuk sesi persekolahan 2015 telah berlangsung dengan jayanya hujung minggu lalu. Kesemua murid tahun 3 hingga tahun 6 bersaing dengan cukup sihat bagi meraih kedudukan 10 terbaik. Adik Vijay Vency (tahun 6) menjuarai aktiviti ini diikuti adik Nurul Atiqah juga dari tahun 6 dan adik Rebinddo (tahun 3) ditempat ke-3. Tahniah! Catatan masa adik Vijay ialah 17 minit untuk jarak lebih kurang 5 kilometer.
Pada mulanya, aktiviti ini hampir saja dibatalkan dek kerana hujan lebat sehari sebelum aktiviti berlangsung. Namun dengan semangat berkobar-kobar oleh murid-murid membuatkan guru-guru turut bersemangat meneruskan aktiviti ini. Syukur tiada sebarang kecederaan serius berlaku walaupun keadaan jalan agak licin. Keadaan jalan mencabar sebegini sudah biasa bagi para murid. Hehehe. Okay, jom layan video pendek Merentas Desa SK Layon 2015 ini. Selamat berhujung minggu!
0 comments:
Post a Comment