Kita bersua lagi dalam pos kali ini berkenaan Sambutan Hari Guru SK Layon 2017 peringkat sekolah. Pada kali ini, sambutan hari guru diadakan secara sederhana kerana murid-murid terlibat dengan peperiksaan pertengahan tahun. Apa yang menariknya, sambutan tahun ini sedikit berbeza kerana kami mula mengadakan undian untuk kategori anugerah untuk guru yang dipertandingkan. Yang membuatkan sambutan ini tambah bermakna apabila dua orang guru kami yang menggembleng tenaga untuk mencipta lagu hari guru untuk sambutan kali ini.
Murid sedang bersedia untuk sambutan |
Pengacara majlis yang berbakat besar |
Bacaan doa oleh us Izzat |
Persembahan sajak oleh adik Jeromayalyn |
Persembahan pidao oleh adik Noelapron |
Guru Besar - Anugerah Guru Paling Garang |
Cikgu Ismail - Anugerah Guru Paling Baik |
Cikgu Naim - Anugerah Guru Paling Rajin |
Us. Izzat - Anugerah Guru Paling Penyayang |
Cikgu Achilles - Anugerah Guru Paling Aktif |
Cikgu Fakhzan - Anugerah Guru Paling Hensem |
Cikgu Haziel & Cikgu Marinus - Anugerah Guru Paling Comel (Berkongsi kerana mendapat undian yang sama banyak) |
Cikgu Wilson - Anugerah Guru Paling Pemurah |
Cikgu Hasnol - Anugerah Guru Paling Bergaya |
Guru-guru bergambar (Dua orang tidak ada) Kami pakai baju biasa sahaja. |
Persembahan daripada semua kelas ada. Yang biasa-biasa ja. Itu pun detik-detik terakhir baru ada latihan. Yang sempat rakam adalah persembahan koir dari murid tahun 5 dan 6 (lagu yang dicipta oleh cikgu Naim dan cikgu Achilles). Tiba-tiba semasa persembahan, speaker habis bateri, jdi terpaksa bergantung kepada speaker laptop saja. Apa lagi, habis lari tempo. Haha. Biasa la, sek x cukup elektrik. Hihi. Yang penting semua gembira. Selepas habis majlis, kami buat tayangan filem ADIWIRAKU. Habis murid-murid tak faham loghat yang digunakan. Semua senyap saja hayati filem itu. Tapi dugaan lagi, jenset mati, jdi x dapat tengok habis. Haha. Tapi kami dah janji dengan murid-murid lepas cuti sambung lagi.
Nak bawak semua tengok di pawagam, memang susah la. Di dalam hutan belantara kan. Haha. jadi bawa filem masuk hutan ja. |
Pawagam mini. Boleh la kan. |
Cikgu Richard, guru besar pun layan. Siap bgtau murid suruh diam-diam ambil pengajaran lagi. Terbaik la GB Richard. |