Friday, 11 September 2015

PERWIRA SK LAYON 2: MISI KE PEMENTERIAN

Salam 1 Malaysia
Salam Nabawan Number One
Salam Melestari Pendidikan, Mengharmoni Kehidupan.


Entri kali ini akan mencoretkan tentang Misi ke-2 guru-guru SK Layon mengawas untuk Peperiksaan UPSR pada tahun 2015. Pada kali ini skuad SK Layon diketuai oleh cikgu Bettos, diikuti oleh cikgu Shamsul dan cikgu Achilles. Skuad SK Layon telah dipilih untuk mengawas di salah sebuah sekolah di pedalaman Nabawan iaitu SK Pementerian.

Cikgu Achilles, Cikgu Shamsul, Cikgu Bettos
Admin ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada skuad SK Layon kali ini kerana berjaya mengharungi onak duri berteraskan cabaran dan halangan untuk menjadi pengawas di SK Pementerian. Walaupun permohonan mereka untuk ke sekolah lain tidak diluluskan oleh PPD, namun mereka tetap menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

Walaupun perjalanan mereka tidaklah sehebat saliliran, namun melalui jalan kelapa sawit dan titian sungai tetap membuatkan perjalanan mereka menjadi sangat bermakna dengan kesungguhan demi kesungguhan untuk menghadapi cabaran dengan cekal.

Perjalanan melalui jalan kelapa sawit
perjalanan merentasi sungai melalui titian
kereta terbalik di jalanan. Bukan kereta skuad SK Layon
Mereka disambut oleh cikgu Eddey (PK Ko-Kurikulum SK Pementerian) dengan hamparan alu-aluan yang mesra. Layanan beliau yang baik membuatkan beliau kelihatan lebih muda berbanding dengan umur sebenarnya. Pada hari peperiksaan, mereka juga disambut mesra oleh Guru Besar SK Pementerian Cikgu Jiwon, PK HEM SK Pementerian, cikgu Jimmy, dan cikgu Reynold.

Skuad SK layon bersama dengan cikgu Eddey pada hari sebelum peperiksaan UPSR.
Dari kiri:
cikgu Shamsul, cikgu Bettos, cikgu Achilles, cikgu Eddey
Bersama Cikgu Jiwon, Guru Besar SK Pementerian dan cikgu Eddey
Lebih menggamit memori, salah seorang skuad SK Layon iaitu cikgu Bettos diibaratkan seperti Sirih Pulang Ke Gagang apabila telah kembali ke Sk Pementerian setelah kesekian lamanya. Beliau pernah belajar di sekolah ini dari darjah 1. Beliau juga masih terkenang akan masa beliau dahulu semasa bersekolah di SK Pementerian. Masih tidak ada bezanya. Terpancar kejernihan air mata jernih daripada kelopak matanya yang membuatkan guru-guru yang lain juga merasakan nostalgia yang sama.

SK Pementerian, Nabawan
Shooting..... perkara pertama yang dilakukan oleh Skuad SK Layon
Mentadak dan Pokok Bungan (seperti buah Rambutan)... Hanya di SK Pementerian
Skuad SK layon baru sahaja sampai
Bilik Pra Sekolah - tempat UPSR dijalankan
Surau SK Pementerian. Sangat kemas, bersih dan teratur. Salah seorang guru dari skuad SK Layon sempat solat di sini.
Ford Ranger...gagah berdiri
Pokok Kelapa, tunjang pencakar langit di SK Pementerian
In Sha Allah, tahun depan, sekiranya UPSR masih diteruskan, Skuad SK Layon akan terus menabur bakti di sekolah yang lain. MISI SK LAYON akan tetap diteruskan.

0 comments:

Post a Comment

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka