Monday, 6 October 2014

Selamat Datang Guru Baru SK Layon, En. Shamsul Naim!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Admin rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat datang kepada guru baru yang ditugaskan untuk mengajar di SK Layon pada tahun ini bermula 1 April 2014.

Untuk pengetahuan semua, guru baru SK Layon ini bernama En. Muhammad Shamsul Naim Bin Mohd Sukri, berasal daripada Perak. Beliau merupakan lulusan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan memegang ijazah Pendidikan Tapi, syukurlah, sekurang-kurangnya, bertambahlah guru-guru SK layon. Kami ni sampai tak menang tangan. Ye la. kakitangan tidak cukup. Asal ada yang keluar, nasib la ada ganti.

Kami mengharapkan agar cikgu Shamsul Naim dapat menjalankan tugas dengan baik di tempat baru, dengan pengalaman baru, dan dengan rakan-rakan baru. Ye la, dah jadi cikgu kan. Mesti la kena semangat. Nak kenal ke cikgu Shamsul Naim ni? Tak la hensem sangat. Admin lagi hensem. Haha (cikgu Shamsul Naim jangan marah ye..).

Ok lah. Admin pun nak cakap selamat datang je. Ni lebih-lebih pulak cerita tentang cikgu baru. Padahal ni blog sekolah. Hihi.

#pss - admin akan perhati cikgu shamsul naim ni. Kalau dia macam-macam, kita tembak dia di blog ni. haha.



1 comments:

  1. Hensem la cikgu..cikgu yang taip sendiri entry ni ke? kan cikgu tu admin...hehe

    ReplyDelete

Latar Belakang

Alamat:

  • Sekolah Kebangsaan Layon Nabawan,
  • Peti Surat 62,
  • 89957 Nabawan, Sabah.
  • Email: sklayon14@gmail.com

Misi:

Sekolah Kebangsaan Layon adalah salah satu daripada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar Sabah di daerah Nabawan.

  • Membekalkan ilmu kepada kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran agar masa depan mereka lebih cerah.
  • Menjadi sekolah terbaik untuk kategori kawasan sekolah luar bandar menjelang tahun 2020

Visi:

  • Para pelajar berjaya menemui cahaya baru dan berjaya hidup mereka
  • Ilmu yang kami curahkan dapat membantu para elajar mencapai cita-cita mereka